Saturday, 12 September 2009

kekuatan RAMADAN

Ramadan dah berlalu

Syawal kini bertandang

menjanjikan seribu satu pengajaran

namun sejauh mana "kita" mampu menjadikan madrasah Ramadan yang baru kita lalui
sebagai benteng dalam menghadapi ujian disepanjang 11 bulan yang berikutnya

adakah segala bekalan yang kita lakukan disepanjang 29 hari di bulan yang penuh barakah itu mampu untuk menjadi benteng yang terbaik dalam menghadapi pujukan dan godaan daripada segenap penjuru

tetapi bagi insan yang mengaku sebagai muslim, perlu menjadikan madrasah ramadan tersebut sebagai benteng yang ampuh dalam menghadapi dugaan dan ujian yang bakal mendatang.

semoga kehidupan kita disepanjang 11 bulan yang berikutnya ini meberikan kita peluang untuk terus beribadah kepada yang Esa dan seterusnya memperbaiki akhlak kita selaras dengan kehendak amal islami

Sunday, 16 November 2008

tempoh setahun reahat daripada menulis apa2 artikel didalam blog ini sangat lama sehingga terasa diri ini tak pandai menyesuaikan diri dalam era IT.

keunikan dalam sitem penulisan juga memberi perangsang kepada penulis untuk menukilkan karya 2 yang simple juga membawa seribu pengajaran

namun atas sebab kekurangan idea dan pengetahuan tentang sistem penulisan yang strategik membantutkan hasrat penulis untuk mencipta karya

namun masih belum terlambat untuk mencuba
kerana kejayaan itu bermula daripada langkah yang pertama

Sunday, 9 November 2008

Apa yang terbaik untuk Generasi Seterusnya

semalam aku dikejutkan dengan laporan berita TV3 yang menyatakan rasa tidak puas hati ibu bapa terhadap tindakan pihak sekolah menayangkan klip video mengisahkan perihal kehidupan di alam barzakh yang dilakonkan semula bagi mengingatkan manusia tentang tanggungjawab manusia sebagai khalifah dimuka bumi.

ibu bapa tersebut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang disifatkan sebagai kurang sesuai kerana akan mengganggu emosi kanak2....................terdetik dihati untuk bertanya kepada mak bapak tersebut. apakah mereka ingin anak mereka itu hidup selesa dimuka bumi Malaysia ini tanpa adanya teguran dan peringatan yang berguna untuk anak mereka???apakah mereka lebih selesa membiarkan anak mereka melihat rancangan2 tV ataupun saluran2 astro yang kebanyakkannya menpertontonkan rancangan2 yang boleh disifatkan 'ekstreme' bagi budak2. kenapa timbul isu dalam usaha untuk mengingatkan manusia kepada tanggungjawab asasi kita kepada ALLAH.................

persoalan2 ini acap kali bermain difikiran. walaupun tidak dinafikan bakal terganggu emosi budak2 ataupun budak2 akan ditakutkan oleh adegan2 yang dikatakan ekstreme. namun penulis masih beranggapan bahawasanya salah satu tindakan yang boleh diambil oleh pihak berwajib adalah kembali semula kepada fitreah manusia agar kita boleh beroleh keredaan dalam kehidpuan

kerana TANPA REDHA DARIPADA ALLAH, MAKA KEMURKAAN MENANTI KITA DAN NERAKA ADALAH TEMPAT BAGI ORANG YANG DIMURKAI ALLAH.

sekadar perkongsian pendapat