Sunday, 16 November 2008

tempoh setahun reahat daripada menulis apa2 artikel didalam blog ini sangat lama sehingga terasa diri ini tak pandai menyesuaikan diri dalam era IT.

keunikan dalam sitem penulisan juga memberi perangsang kepada penulis untuk menukilkan karya 2 yang simple juga membawa seribu pengajaran

namun atas sebab kekurangan idea dan pengetahuan tentang sistem penulisan yang strategik membantutkan hasrat penulis untuk mencipta karya

namun masih belum terlambat untuk mencuba
kerana kejayaan itu bermula daripada langkah yang pertama

Sunday, 9 November 2008

Apa yang terbaik untuk Generasi Seterusnya

semalam aku dikejutkan dengan laporan berita TV3 yang menyatakan rasa tidak puas hati ibu bapa terhadap tindakan pihak sekolah menayangkan klip video mengisahkan perihal kehidupan di alam barzakh yang dilakonkan semula bagi mengingatkan manusia tentang tanggungjawab manusia sebagai khalifah dimuka bumi.

ibu bapa tersebut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang disifatkan sebagai kurang sesuai kerana akan mengganggu emosi kanak2....................terdetik dihati untuk bertanya kepada mak bapak tersebut. apakah mereka ingin anak mereka itu hidup selesa dimuka bumi Malaysia ini tanpa adanya teguran dan peringatan yang berguna untuk anak mereka???apakah mereka lebih selesa membiarkan anak mereka melihat rancangan2 tV ataupun saluran2 astro yang kebanyakkannya menpertontonkan rancangan2 yang boleh disifatkan 'ekstreme' bagi budak2. kenapa timbul isu dalam usaha untuk mengingatkan manusia kepada tanggungjawab asasi kita kepada ALLAH.................

persoalan2 ini acap kali bermain difikiran. walaupun tidak dinafikan bakal terganggu emosi budak2 ataupun budak2 akan ditakutkan oleh adegan2 yang dikatakan ekstreme. namun penulis masih beranggapan bahawasanya salah satu tindakan yang boleh diambil oleh pihak berwajib adalah kembali semula kepada fitreah manusia agar kita boleh beroleh keredaan dalam kehidpuan

kerana TANPA REDHA DARIPADA ALLAH, MAKA KEMURKAAN MENANTI KITA DAN NERAKA ADALAH TEMPAT BAGI ORANG YANG DIMURKAI ALLAH.

sekadar perkongsian pendapat

Friday, 7 November 2008

posting oh.......posting

dalam menanti debaran menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru, pelbagai soalan yang bermain di dalam benak fikiran. rakan2 guru 'sporting tak', ajar apa agaknya...............bahasa melayu ,bahasa inggeris @matematik. jangan bahasa arab sudah....................

namun semua persoalan itu bakal terjawab dalam tempoh lima hari lagi. sebagai seorang yang terlibat dalam tugasan harian terhadap Islam, masih terfikir persoalan adakah kita mampu menterjemahkan Islam yang selama ini kita tegakkan. ataupun hanya sekadar bermain kata2.

namun persoalan itu tidak seharusnya menjadi perkara pokok dalam berjuang. yang penting kita lakukan sebaik mungkin dalam menjadi agen jemaah dalam menyampaikan maklumat yang sebenar..................

kesudahannya sudah pasti setiap langkah yang kita mulakan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Kalau tak mampu buat semua, Jangan tinggal semua

Thursday, 6 November 2008

walaupun baru berjaya menghasilkan blog yang tidak seberapa namun terasa berpuas hati kerana mempelajari salah satu ilmu IT yang baru. jauh di lubuk hati terasa sedikit kecewa kerana terlewat dalam menuruti era globalisasi yang pesat berkembang. ingin berterima kasih kepada sifu2 yang baik hati kerana ingin berkongsi ilmu bersama.

dalam bersama mendidik diri dan masyarakat. acap kali kita di uji dengan pelbagai ujian yang diberi berbeza2 mengikut tingkatan iman masing2 serta mengikut tingkatan dan darjah keimanan. namun sejauh mana kita sering kali berjaya menghadapinya ataupun hanyut dibuai mimpi yang indah bergandtung kepada kemampuan kita dan kehendak ALLAH

sukar untuk dijelaskan hanya dengan kata-kata kecuali setelah diri sendiri melaluinya. namun apakah kita sudah cukup bersedia menghadapi semua ujian daripada ALLAH

Tepuk dada tanya iman.

sekadar perkongsian untuk renungan bersama

mehnah dan tribulasi

baru tadi aku mendengar sedikit peringatan daripada sahabat yang terdekat berkenaan dengan perjalanan hidup yang dilalui. seringkali kita diuji dengan pelbagai perkara, dan kita juga menangani ujian itu dengan pelbagai karenah. ada yang bersyukur kerana menganggap itu sebagai peringatan daripada ALLAH.

Tidak kurang juga yang mengeluh dan menyalahkan individu lain dalam perkara ini. tidak kurang juga yang mengambil jalan mudah untuk menyenangkan hati dengan cara2 yang kurang sesuai mengikut acuan ISLAM.

sedar atau tidak , ianya merupakan ujian daripada ALLAH untuk melihat sejauhmana kebolehtahanan diri dalam menghadapi setiap dugaan.

tidak kurang juga yang teragak2 dalam melaksanakan syiar Islam. semalam juga menyaksikan blog 'antara dua puncak' menyiarkan artikel 'pejuang yang penakut' memperlihatkan antara perkara yang berlaku kepada kita saban hari.

namun percayalah sahabat2 sekalian, bahawasanya apapun yang berlaku kepada kita adalah merupakan yang terbaik kepada kita daripada ALLAH. jangan sekali2 kita mempersoalkan apa yang telah diberikan oleh ALLAH kepada kita. kerana dalam kesusahan itu, pasti ada kesenangan.

sama2 kita koreksi diri untuk menjadi muslim yang bertaqwa