Thursday, 6 November 2008

mehnah dan tribulasi

baru tadi aku mendengar sedikit peringatan daripada sahabat yang terdekat berkenaan dengan perjalanan hidup yang dilalui. seringkali kita diuji dengan pelbagai perkara, dan kita juga menangani ujian itu dengan pelbagai karenah. ada yang bersyukur kerana menganggap itu sebagai peringatan daripada ALLAH.

Tidak kurang juga yang mengeluh dan menyalahkan individu lain dalam perkara ini. tidak kurang juga yang mengambil jalan mudah untuk menyenangkan hati dengan cara2 yang kurang sesuai mengikut acuan ISLAM.

sedar atau tidak , ianya merupakan ujian daripada ALLAH untuk melihat sejauhmana kebolehtahanan diri dalam menghadapi setiap dugaan.

tidak kurang juga yang teragak2 dalam melaksanakan syiar Islam. semalam juga menyaksikan blog 'antara dua puncak' menyiarkan artikel 'pejuang yang penakut' memperlihatkan antara perkara yang berlaku kepada kita saban hari.

namun percayalah sahabat2 sekalian, bahawasanya apapun yang berlaku kepada kita adalah merupakan yang terbaik kepada kita daripada ALLAH. jangan sekali2 kita mempersoalkan apa yang telah diberikan oleh ALLAH kepada kita. kerana dalam kesusahan itu, pasti ada kesenangan.

sama2 kita koreksi diri untuk menjadi muslim yang bertaqwa

No comments: